Friday, March 12, 2010

Kamu Sayangku

Kamu tu macam kain sutera putih.
Lembut, halus, bersih.
Aku perhati dari jauh, kamu itu makin jauh.
Jauh dari pilihan hidup kamu.
Aku sayang kamu, wahai Anggun.
Macam aku sayang darah daging aku.
Aku sayang kamu lebih kerana kamu saudara baru.
Aku sedih. Sebab aku hanya mampu bingit pada kamu
dgn taipan YM, dengan Emoticon.
Yang mungkin pada kamu tidak bererti langsung.
Aku benci. Bukan pada kamu. Tidak mungkin pada kamu.
Aku benci apa yang kamu lakukan pada dirimu.
Persis melakarkan torehan pada diri dgn pisau, kamu menzalimi diri sendiri.
Subhanallah!
Berkali-kali aku berdoa agar Allah menganugerahi kesejahteraan kepada semua Muslim.
Berilah kamu itu hidayah dan petunjuk.
Agar kamu tidak lagi khayal, sesat dengan segala kenikmatan yang duniawi semata.
Mungkin aku belum cukup bersungguh berdoa.
Bila kamu berpatah balik.
Bila kamu mau bertaubat nasuha.
Bila kamu mau berhenti dari menjadi Muslim hanya pada nama.
Hanya Allah 'Azza Wa Jalla yang tahu.


Dan barangsiapa menyembah Tuhan yang lain di samping (menyembah) Allah, padahal tidak ada suatu dalilpun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung.” (QS. Al-Mu’minun: 117).

No comments: